DALAM teks-teks Latin di Abad Pertengahan, ia dikenal dengan nama Alfarabius atau Avennasar. Sedang sebutan al-Farabi diambil dari nama kota kelahirannya, Farab. Nama lengkapnya Abu Nasr Muhammad bjn Muhammad bjn Tarkhan bin Awzalagh al-Farabi. la adalah salah seorang filsuf Muslim paling terkemuka dan masyhur, di samping dikenal sebagai komentator Aristoteles dan sebagai tokoh pertama di bidang logika. AI-Farabi lahir pada tahun 257 H/870 M. di daerah Farab, Wasij Turkistan, dan meninggal di Damaskus pada tahun 339 H/950 M. dalam usia kurang lebih 80 tahun.
Sejak kecil ia sudah rnenunjukkan kecerdasannya yang luar biasa, terutama di bidang...
bahasa, khususnya bahasa Persia, Turkistan dan Kudistan, Ayahnya, seorang Iran yang kawin dengan wanita Turkestan, rnenjadi pegawai (ka'id jaysh). Dalam usianya yang masih sangat muda, ia bersama ayahnya pergi ke Baghdad, waktu itu rnerupakan pusat pernerintahan dan ilmu pengetahuan untuk belajar. Di sana ia juga belajar pada Abu Bisyr bin Mattius.
Pada mulanya, ia rnemusatkan perhatiannya di bidang logika dan tata bahasa Arab (nahwu sharaf) pada Abu Bakr as-Sarraj. Sesudah kemudian pindah ke Harran, lalu kembali lagi ke Baghdad untuk belajar filsafat. Di sana al-Farabi rnenetap selama kurang lebih 30 tahun. Waktu puluhan tahun itu ia gunakan untuk belajar filsafat, matematika, kedokteran, dan bahasa Arab. Sekaligus ia mengajar dan menulis karya-karyanya. Pada tahun 330 H/942 M, ia pindah ke Damsyik karena mendapat undangan dari pemerintah Syi'i Hamdanid, Sayf ad-Dawlah, dan tinggal bersama para pengikutnya serta beberapa rekannya, di Aleppo/ Halab sampai akhir hayatnya.
Guru filsafatnya adalah seorang Kristen Nestorian, Yuhanna bin Haylan. AI-Farabi sendiri, menurut Ibnu Abi Ushaybi'ah, bersama al-Mas'udi pada akhimya bekerja di sebuah cabang sekolah filsafat Yunani di Alexandria, yang tetap dilanjutkannya sampai sesudah penaklukan Arab. Beberapa rekannya menduga, ia pemah berada di Antioch dan setelah itu sekolah mengutusnya belajar ke Marw dan Harran, dan dari sana terus ke Baghdad. Gurunya sendiri, Yuhanna, dikatakan berasal dari Marw dan ke Baghdad ta- hun 295 H/908 M Jadi kemungkinan bahwa ia telah mengajar aI-Farabi ketika di Marw tidak dapat dikesampingkan. Juga dapat diketahui bahwa aI-Farabi tetap berhubungan dengan seorang komentator dan penerjemah ulung Abu Bisyr Matta bjn Yunus, seorang tokoh terkemuka di Sekolah Kristen Aristotelian di Baghdad, dan Farabi pun mempunyai pengaruh besar pada Yahya bin Adi, wakil utamanya pada angkatan berikutnya.
AI-Farabi memang jauh lebih dikenal sebagai seorang filsuf ulung daripada seorang ahli di bidang lain. Namun demikian, dapat diketahui, dari beberapa sumber, bahwa karya-karyanya banyak pula yang menyangkut disiplin ilmu lain selain filsafat, misalnya politik, etika, metafisika, logika, matematika, kedokteran, dan lain sebagainya.
Karyanya di bidang logika antara lain:
I. "At- Tawti'a fi al-Mantiq", diedit oleh M. Turker dengan terjemahan bahasa Turki (Ankara-1958 M).
2. "Introductory Section on Logic". Edisi bahasa Inggris oleh D.M. Dunlop (1955 M), sedang edisi bahasa Turki oleh M. Turker (Ankara-1958 M).
3. "Treatise in the Canons of Art of Poetry". Edisi bahasa Inggris oleh A.J. Arberry (1938 M), sedang teks bahasa Arabnya dicetak ulang oleh A. Badawi (Kairo-1953 M).
Karyanya di bidang flSika antara lain:
1. "On Vacuum", yang diedit dalam bahasa Inggris dan Turki oleh Necati Lugal dan Aydin Sayli (Ankara-1951 M).
2. " Against Astrology" yang diedit oleh F. Dieterici (Leiden-1890 M.) sedang terjemahannya dalam bahasa Jerman terbit tahun 1892 M.
3. "De Intellectu" ("Fi'l Aql"). Untuk buku ini terdapat edisi kritik oleh M. Bouyges (Beirut-1936 M), sedang versi bahasa Latinnya dikerjakan oleh E. Gilson (1929 M).
Dalam bidang metaflSika antara lain:
1. "About the Scope of Aristotle's Metaphysics" yang di edit dan diterjemahkan dalam bahasa Jerman oleh F. Dieterici.
2. "On the One" ("Fi al-Wahid wa al-Wahda"), yang edisi kritik dan terjemahannya dalam bahasa Inggris dikerja- kan oleh H. Musntaq.
Selain itu masih terdapat karangan lain, yakni "Survey of the Sciences" ("Kitab Ihsa AI-Ulum"). Edisi terbaik buku ini dikerjakan oleh Uthman Amin (Kairo-1931-1948 M), Diterjemahkan dalam bahasa Latin abad tengah oleh A. Gonzales Palencia (Madrid-1932 M). Ini dikerjakan bersama dengan sebuah edisi teks bahasa Arab dan sebuah terjemahan bahasa Spanyol.
Dari komentar-komentar dan ulasan-ulasannya, khususnya terhadap "Organon " dan "Physic" (yang dibacanya lebih dari 40 kali) serta buku "Meteorology", ia secara langsung memperkenalkan pikiran-pikiran Aristoteles kepada bangsa Arab, Buah karyanya "De Scientiis" dan "De Intellectu" didapatkan dalam buku "Alpharabii Opera Omnis" (Paris-1638 M). Bukunya yang berjudul "De Ortu Scientiarum "dieidt oleh C. Horten menerjemahkan, di sertai tambahan penjelasan. " The Book of Germs" yang membahas secara mendalam mengenai kuman, ditambah dengan komentar dari Ismail.
Mengenali Falsafah Al-Farabi
Oleh Ibnu Umar
AL-FARABI lebih dikenali dengan gelaran Muallim al-Sani di kalangan ahli-ahli falsafah Islam seperti Ibnu-Sina dan al-Kindi. Selain itu, beliau juga terkenal dengan teori politiknya sebagaimana yang tercatat didalam karya utamanya Ara’l Ahlil al-Madinah al-Fadhilah.
Akan tetapi, tidak ramai orang Islam pada waktu ini mengenalinya. Apatah lagi mempelajari serta mengkaji keilmuannya. Maka, dengan adanya artikel ini, dapatlah kita bersama-sama mengenali serta mengambil sedikit sebanyak khazanah ilmu yang telah berkurun lamanya ditinggalkan.
Menyoroti latar belakang kehidupan beliau, nama sebenarnya ialah Abu Nashr Muhamad ibn Muhamad Ibn Tharkhan Ibn Auzalag. Beliau dilahirkan pada tahun 259-339 hijrah (872-941 m), di Kota Farab yang sekarang dikenali sebagai Kota Atrar yang terletak di wilayah Turki.
Oleh kerana itu gelaran al-Farabi diambil sempena nama tempat kelahirannya. Beliau hidup di zaman Dinasti Abasiyyah dibawah pemerintahan Saifuddaulah. Bapanya berketurunan Parsi dan ibunya berdarah Turki. Bapanya pernah menjadi seorang panglima tentera dibawah kerajaan Turki.
Sementara itu dari sudut latar belakang pendidikan, ketika berusia 40 tahun beliau telah meninggalkan tempat lahirnya menuju ke kota Baghdad semata-mata untuk menuntut ilmu. Ilmu pertama yang dipelajarinya ialah ilmu Mantiq.
Beliau mempelajari ilmu tersebut dari gurunya bernama Abu Basyar Matius ibn Yunus, seorang guru yang mahir dalam ilmu Mantiq di Baghdad.
Selepas itu, beliau berhijrah ke Harran dan mempelajari bahasa Arab dari gurunya bernama Abu Bakar Ibn as Sarrj. Sesudah selesai pelajarannya di Harran, beliau kembali semula ke Baghdad kerana ingin mempelajari ilmu Falsafah. Beliau telah menghabiskan masa selama 30 tahun mempelajari ilmu ini. Di samping itu, beliau juga telah membuat beberapa ulasan tentang karya-karya Falsafah dari Yunani seperti karya Plato dan Aristotle.
Konsep kemasyarakatan menurut al-Farabi
Menurut al-Farabi, melalui pandangannya mengenai politik dan kemasyarakatan yang dihuraikan secara panjang lebar di dalam kitabnya iaitu Ara'1Ahli'1 Madinah al-Fadhilah, politik menduduki tempat yang penting di dalam negara.
Ini kerana politik merupakan saranan penting bagi manusia untuk memperoleh kebahagian dan kesejahteraan di dalam sesebuah negara. Politik adalah fokus utama dalam membina struktur sesuatu masyarakat.
Dalam usaha memperolehi kebahagian dan kesejahteraan ini, manusia tidak boleh tidak mesti berkerjasama atau tolong menolong antara satu sama lain untuk menjadi kuat dan memperolehi apa yang dihajatinya.
Pada dasarnya manusia itu bersifat lemah. Oleh itu manusia perlu berdampingan dan berkumpul dalam hidupnya. Dari perkumpulan ini maka terbentuklah masyarakat.
Menurut al-Farabi lagi, masyarakat itu ada dua jenis, pertama ialah masyarakat yang sempurna. Ini terdiri dari tiga kategori.
Masyarakat besar yang berupa kumpulan terbesar antarabangsa (international).
Masyarakat sederhana yang wujud di dalam perkumpulan manusia yang tinggal di dalam sebuah wilayah.
Masyarakat kecil yang wujud di dalam perkumpulan manusia, penduduk kota yang tinggal disatu bahagian kecil dari wilayah.
Kedua, masyarakat tidak sempurna iaitu kumpulan manusia yang tinggal di desa-desa, kampung-kampung, pinggir-pinggir bandar dan lorong-lorong yang jauh dari kota dan bandar. la terdiri dari masyarakat keluarga. Ini adalah masyarakat yang paling tidak sempurna kerana ia sebahagian dari masyarakat desa.
Masyarakat desa pula adalah sebahagian dari masyarakat kota yang tinggal di pinggir-pinggir kota dan bandar. Masyarakat kota pula adalah sebahagian dari masyarakat wilayah. Masyarakat wilayah pula adalah sebahagian dari masyarakat sempurna iaitu antara-bangsa.
Dari susur jalur struktur masyarakat diatas, dapat kita fahami bahawa masyarakat yang hidup secara terasing atau bersendiri adalah masyarakat yang tidak sempurna seperti masyarakat desa dan pinggir kata. Akan tetapi, jika masyarakat tersebut disatukan di antara satu sama lain seperti masyarakat desa disatukan dengan masyarakat desa yang lain, maka ia akan menjadi masyarakat yang lebih besar.
Begitu juga bagi bentuk masyarakat yang lain. Al-Farabi menyatakan bahawa penyatuan ini adalah perlu dalam sesebuah negara kerana setiap kelompok masyarakat itu memerlukan bantuan antara satu sama lain untuk mencapai kesejahteraan dan kebahagiaan.
Mereka perlu berkerjasama dalam mewujudkan kebahagian tersebut. Kebahagiaan tidak akan dapat dicapai dengan hidup secara bersendirian. (hana al Fakhuri dan Khlil al-Jar, Tarikh al-Falsafah al-Arabiyyah, 1958, hal 141).
Konsep Negara menurut al-Farabi
Oleh kerana hidup bermasyarakat dan berkerjasama itu adalah bertujuan memperoleh kesejahteraan dan kebahagiaan, maka penubuhan sebuah negara adalah perlu bagi mencapai tujuan tersebut. Negara yang paling baik menurut al-Farabi di panggil Negara Utama. Konsep negara ini adalah berasal dari Plato (seorang ahli falsafah Yunani), yang telah menyamakan sebuah negara adalah seperti tubuh badan manusia.
Al-Farabi berpendapat, Negara Utama adalah sama dengan tubuh badan yang sihat. Seluruh anggotanya saling berkerjasama untuk membantu serta memelihara tubuh badan tersebut supaya sentiasa berkeadaan baik.
Setiap anggota tubuh badan saling mengetahui tugas masing-masing dan melaksanakan tugas itu mengikut kadar yang telah ditentukan. Maka tidaklah berlaku tangan mengambil alih tugas kaki dan begitulah sebaliknya.
Anggota yang paling penting ialah hati. la merupakan pengendali utama bagi anggota-anggota yang lain. Hati ini disamakan dengan pemimpin atau ketua sesebuah negara. Hanya hati yang baik dan suci sahaja yang dapat menjadikan anggota tubuh badan yang lain berkeadaan baik.
Manakala masyarakat disamakan dengan anggota-anggota tubuh badan yang lain. Oleh yang demikian, untuk menjadikan sebuah negara yang baik dana sempurna, maka setiap anggota masyarakat perlu mengetahui tugas masing-masing dan mesti berkerjasama antara satu sama lain.
Bagi yang ingin menjadi ketua negara atau pemimpin. Al-Farabi telah menetapkan 12 syarat utama yang harus dimiliki:-
1.Sihat anggota tubuh badan,
2.Baik pemahaman dan pemikiran,
3.Cerdik dan bijak
4.Bahasa yang lembut dan baik,
5.Mencintai ilmu pengetahuan,
6.Tidak ghairah kepada makan, minum dan perkahwinan,
7.Mencintai kebenaran dan membenci penipuan,
8.Berjiwa besar dan mulia,
9.Tidak mencintai harta dan kebendaan,
10.Bercita-cita tinggi, berani dan tidak lemah mental,
11.Adil dan tidak sukar untuk memimpin,
12.Cintakan keadilan dan benci pada kezaliman.
Oleh itu, seorang pemimpin atau ketua negara yang berkelayakan itu mesti memenuhi syarat-syarat di atas, (al-Farabi, Ara'1 ahli'1 Madinah al-Fadhilah, t.t. hal 81-90).
Kesimpulan
Demikianlah garis panduan yang diberikan oleh al-Farabi dalam membentuk sebuah negara yang sejahtera. Jelas bagi kita pembentukan sebuah negara memerlukan kerjasama dari semua anggota masyarakat. Pemimpin pula perlu kepada sifat yang berkelayakan untuk memimpin masyarakat tersebut.
Al-Farabi, disamping sebagai tokoh falsafah Islam, beliau juga adalah seorang tokoh intelektual Islam yang mempunyai pandangan tersendiri yang boleh di anggap sebagai usaha revolusi di dalam bidang pemikiran Islam khususnya kemasyarakatan.
Beliau merupakan antara perintis-perintis ulung yang telah berjaya menjadikan institusi falsafah sebagai saranan untuk mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan khususnya dibidang pembentukan sebuah negara.
Melalui institusi ini juga beliau telah menampilkan teori-teori hidup bermasyarakat dan berpolitik yang tidak bersalahan dengan al-Quran dan hadith. Wallahua'alam!
p/s : dipetik n edit skit2 dari http://www.majalah.com/tamadun/00feb/c4.htm (link ni dh jadi error rasanya)
Nie hok Nulih
Blog Archive
-
▼
2009
(25)
-
▼
June
(25)
- Abdullah Bin Ummi Maktum : Pahlawan buta yang memb...
- ABDURRAHMAN BIN 'AUF : Dermawan yang masuk syurga
- Imam Al - Ghazali
- Imam Abu Dawud
- IMAM MAWARDI
- Khwarizmi 's.....
- Imam Muslim, Penghimpun dan Penyusun Hadits Terbai...
- Imam Bukhori r.a.
- Imam Nawawi ( 631H - 676H ) versi panjang sgt2...p...
- Al-Farabi Ahli Falsafah Islam
- AL-Kindi
- Imam Nawawi
- Ibnu Sina @ Avicenna's Potret
- AL FARABI (259 – 339H / 872 – 950M)
- AL KINDI (185-253 H / 801-8867M)
- IBN HAITHAM (AL HAZEN) (354-430H / 965-1038M)
- AL ZAHRAWI (Al Bucasis) (325 – 404H / 936 – 1013 M)
- IBNU AL BAITAR (594-647H / 1197-1249)
- IBNI BATUTA (704 – 779H / 1304 – 1372M)
- IBN SINA (Avicenna) (370 – 428H / 980- 1037M)
- IBN RUSHD (Averroes) (519 – 595H / 1125 – 1198M)
- AL KHUWARIZMI (164 – 232H / 780 – 841 M)
- Imam Malik r.a.
- Imam Syafie r.a. ( ii )
- Imam Syafie r.a. ( i )
-
▼
June
(25)
Tuesday, June 9, 2009
Al-Farabi Ahli Falsafah Islam
Labels:
Farabi,
Tokoh Ilmuan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PENGUMUMAN
Tuan punyer blog sekadar menyampaikan sahaja maklumat-maklumat yg dikumpul dari sekeliling ruangan internet dan di jalanan2 pembacaan serta di edit skit2 untuk keselesaan pembaca...
Ada dari Malaysia, indonesia, negara omputih dll..jadi fahamilah dgn sandaran perkataan2 di serebrum dan sereblum anda..jadikan medula oblangata anda lebih pick up...
Sebar2kan lah sejauh mungkin... mana tau kot2 nie je amal kiter yg dikira...lain lah bg sape2 yg dh byk amal..
Category
- Tokoh Ilmuan (23)
- Tokoh Mazhab (6)
- Tokoh Hadith (3)
- Farabi (2)
- Galeri (2)
- Ibnu Sina (2)
- Imam Nawawi (2)
- Khuwarizmi (2)
- Kindi (2)
- Para Sahabat (2)
- Ibnu Battuta (1)
- Ibnu Rusyd (1)
- Imam Abu Daud (1)
- Imam Bukhari (1)
- Imam Ghazali (1)
- Imam Mawardi (1)
- Imam Muslim (1)
1 comments:
salam...
saudara, saya skrg ni kne wat research psl al mawardi.. so, bole x sy nk tau dr sumber mne saudara dpt info ni.. sbb dlm research sy, sy kne ltk reference sy dpt info ni..
syukran jazilan.. ;)
Post a Comment