Tuesday, June 9, 2009

AL ZAHRAWI (Al Bucasis) (325 – 404H / 936 – 1013 M)

Beliau ialah Abu Qasim Khalaf b. Al Ansari, lahir di Zahra’, Andalus dan mati di situ. Beliau dikenali sebagai “bapa pembedahan Islam”. Najib Mahfuz berpendapat beliau merupakan ahli bedah Arab yang paling terkemuka. Sekalipun begitu, Ibn Abi Usaibi’ah tidak mencatitkan biodata beliau di dalam ensklopedianya kecuali tiga baris di samping nama-nama penyair dan saterawan. Ini terjadi kemungkinan Al Zahrawi belum dikenali di zaman Ibn Abi Usaibi’ah.

Karya-karya Beliau
Beliau mempunyai banyak buku-buku di sudut pembedahan tetapi yang sampai ke tangan umat Islam cuma “Al Maqalah fi Amali ‘ala Fanni al Jarahah”. Beliau juga mempunyai ensklopedia “Al Tasrif liman ‘Ajaza ani al Ta’lif” yang dibahagikan kepada tiga puluh bab yang dikhususkan untuk kedoktoran, pembedahan dan perubatan. Untuk pembedahan beliau memperuntukan cuma 3 bab sahaja. Beliau lebih mementingkan di sudut pembidanan, pembedahan mata, telinga dan gigi. Begitu juga rawatan secara pemanasan dan ubat-ubatan yang berkesan untuk melawan turun darah. Beliau juga mempunyai rencana-rencana cara mengeluarkan janin mati, batu karang dengan cara memecahkanya, merawat patah dan tercerai dari anggota, mensifatkan kecacatan yang disebabkan patah tulang dan cara-cara melatih jururawat.

Giredo Al Karimoni telah menterjemahkan buku “Al Tasrif liman ‘Ajaza ani al Ta’lif” ke bahasa Latin tetapi terjemahan tersebut tidak pernah dicetak kesemuanya kecuali dalam beberapa bahagian. Bahagian yang menyentuh mengenai tumbuhan dicetak di Venizia pada tahun 903H/1471M, mengenai pembedahan juga dicetak di Venizia pada tahun 903H/1497 M. Bahagian klinik pula dicetak pada tahun 926H/1519M di Osnabruck, German dan pada tahun 974H/1566M, bahagian penyakit puan dicetak di Basel, Swiss.

Buku Al Tasrif ini telah diterjemah ke bahasa Yahudi, Prosence dan kemudianya ke Bahasa Eropah yang lain.

0 comments:

Post a Comment