Tuesday, June 9, 2009

AL KHUWARIZMI (164 – 232H / 780 – 841 M)

Beliau ialah Abdullah b. Musa yang telah dilahirkan di Khuwarizam (Rusia) dan meninggal di Baghdad, Iraq. Kehidupan beliau kurang diketahui. Mengikut riwayat beliau telah mempelajari diwaktu mudanya ilmu-ilmu Greek (berguru dengan Diapantos), Hindi dan Parsi. Boleh jadi juga beliau mengembara ke tempat-tempat tersebut semasa mudanya. Beliau muncul di Baghdad pada masaa pemerintahan Al Makmun dan telah berjaya mendapat penghargaan dan kedudukan sehingga dilantik mengepalai Baitul Hikmah dan wakil delegasi ke luar negeri.
Beliau merupakan seorang yang mahir di bidang matematik, astronomi dan geografi. Kemungkinan boleh di bahagikan seperti berikut:-

Menyusun risalah kecil di bidang arithmetik yang dianggap sebagai yang pertama di bidang ini. Ilmu ini dikenali beberapa kurun selepasnya dengan nama Algorizam. Didalamnya beliau telah membicarakan angka-angka Hindi, sifar dan kedudukan angka. Risalah ini telah diterjemahkan ke bahasa Latin dan kemungkinannya risalah itu yang berbahasa Arab telah hilang. Karya beliau yang ada sekarang cuma terjemahan dari Adelard of Bath.
Beliau juga telah menghasilkan buku pertama di dalam algebra yang dinamakan “Aljabar wa al Muqabalah”, yang mana di dalamnya merupakan himpunan pengetahuan yang membolehkan terbentuknya algebra. Beliau telah menggabungkan antara matematik Hindi dan kejuruteraan Greek dalam menghasilkan algebra. Beliau juga telah menyelesaikan banyak permasalahan yang ditimbulkan oleh orang-orang Greek.
Melalui kejuruteraan beliau telah menemui jalan bagi menyelesaikan persamaan quadratik iaitu permasalahan yang paling tinggi dicapai oleh orang Greek. Begitu juga beliau telah mengeluarkan dua punca jika ianya positif dan telah menghasilkan buat julung kalinya jadual kosain.
Beliau juga telah menghasilkan buku “Al Jamu' wa al Tafriq bi Hisabi al Hind" iaitu menyentuh tentang matematik Hindi.
Dapat dilihat Al Khuwarizmi merupakan seorang yang berfikiran ke hadapan di bidang matematik dan algebra sekalipun penerimaan barat dan timur terhadap beliau terlalu lambat. Namun begitu jasa-jasa beliau terhadap keilmuan Islam dan Barat tidak dapat dinafikan. Kerana itulah Sarton telah menggelarkan sebagai ahli matematik terulung dan zaman beliau dikenali sebagai zaman Al Khuwarizmi.
Al Khuwarizmi dan Astronomi
Beliau telah menyusun jadual falak berdasarkan jadual “Al Sanad Hindi” yang telah dibawa masuk oleh Ibrahim bin Habib Al Ghozari. Mengikut pendapat beliau ukur lilit bumi lebih panjang dari ukuran Batlimous iaitu sejauh 40,000 batu. Beliau juga telah mencipta jadual falak “Zaiju al Khuwarizmi” dan menyusunya di dalam dua jilid, kecil dan besar. Jadual yang besar telah hilang dan jadualnya yang kecil telah dikemaskinikan oleh Al Majriti dan lebih dikenali dengan nama “Al Sanad Hind Al Soghir”. Beliau juga telah menulis sebuah risalah yang bertajuk “Al 'Amalu bi Asturlab”.

Al Khuwarizmi dan Geografi
Beliau telah menghasilkan karya “Shuratu al Ard”, dan telah memasukkan banyak pembetulan terhadap penulisan Batlimous. Pada pandanganya bumi ini terbahagi kepada tujuh bahagian dan tidak sepuluh sebagaimana pendapat Batlimous. Karya beliau yang lain ialah “Taqwimu al Buldan” dan "Al Tarikh".

0 comments:

Post a Comment