Tuesday, June 9, 2009

IBNI BATUTA (704 – 779H / 1304 – 1372M)

Beliau ialah Abu Abdullah Mohd b. Ibrahim Al Lawati iaitu ahli geografi dari Moroko. Lahir di Tanja, dan mati di Marakas, Moroko, berketurunan Libya.
Beliau sangat meminati pelayaran dan pengembaraan . Telah menjelajahi negara-negara Asia, Afrika dan Timur Eropah yang memakan jarak sejauh 120 ribu kilometer dan memakan masa 38 tahun dari usianya. Beliau sangat perihatin dalam pengembaraan. Apabila memasuki sesebuah negara, ia akan bertanya segala-galanya yang menyentuh pakaian, makanan, kebudayaan dan peralatan. Pernah dilantik menjadi kadi di Delhi, India ketika mengembara di sana dan beberapa kali diutus menjadi wakil di beberapa tempat.

Pengembaraannya yang mashur ialah 1/3 terakhir iaitu ketika menjelajahi negara Afrika dan negara-negara Islam. Selepas itu beliau menetap di Pas, Magribi bagi mentafsirkan hasil pengembaraannya. Salah seorang dari penulis Dar al Ifta’ di Pas iaitu Mohd. Ibn Juzu telah menyunting buku beliau dan menyusunnya dengan gaya bahasa yang teratur.

Ada di kalangan pengkaji barat meragui sebahagian pengembaraan Ibn Batuta tetapi pendapat ini ditolak dan diakui oleh pengkaji yang lain. Pengembaraan Ibn Batuta disebarkan dalam buku “Tuhfat al Anzhar fi Ghoraib al Absar wa Ajaib al Asfa” oleh Ibn Juza. Buku ini telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa dan diterbitkan di banyak tempat.

0 comments:

Post a Comment