Tuesday, June 9, 2009

IBN HAITHAM (AL HAZEN) (354-430H / 965-1038M)

Beliau ialah Abu Ali Mohd. Al Hassan b Al Hassan yang lebih dikenali dengan gelaran Al Basri. Beliau dilahirkan di Basrah, Iraq dan meninggal dunia di Kaherah, Mesir. Beliau telah mengkaji kitab-kitab, rencana-rencana dan risalah-risalah ulamak terdahulu dibidang astronomi, matematik dan fizik sehingga beliau mampu melahirkan pendapat dan pemikiran yang tersendiri. Kehidupan yang susah menyebabkab beliau terpaksa bekerja di universiti Al Azhar di zaman Fatimiyyah, bekerja sebagai penjilid kitab-kitab Aqlidas, Batlimous dan lainnya bagi
menampung sara hidupnya. Diriwayatkan bahawa beliau seorang yang berjiwa besar dan tidak menerima sebarang tawaran terhadap harga kitab yang telah ditentukan harganya. Namun begitu di samping kerja-kerja yang dilakukan bagi menampung kehidupanya, beliau tetap mengkaji buku-buku di bidang yang tersebut di atas.
Method Ilmiah Ibn Haitham
Ianya boleh kita fahami bersumber dari ucapab beliau pada suatu ketika di hadapan universiti Al Azhar :“Untuk mengambil kira pada ilmu berpunca dari dua tugas ; yang pertama cara bagi menguji hakikat ilmiah dan undang-undang umum, dan keduanya, cara bagi merialisasikan natijah qias yang terhasil dengan dalil-dalil dari undang-undang tersebut, samada ianya bertepatan dengan realiti ataupun tidak bertepatan, maka hendaklah ia ditinggalkan selepas dari penganalisaan terhadap muqaddimah qias yang dikaji berdasarkan penyaksian dan pengiraan”.

Usaha-usaha Ibn Haitham di Bidang Ilmu Fizik:
Beliau merupakan ulamak Arab terbesar dan paling menyinar di bidang ini. Beliau telah berjaya mengilatkan kanta bagi membuat mikrosskop dan mengambil kesimpulan bahawa pembesaran kanta berkait rapat dengan kadar kecembunganya. Beliau telah menyelesaikan pantulan cahaya dengan bersamaan peringkat ke empat dan mensifatkan pantulan dan serakan cahaya berlaku ketika sampai ke biji mata.

Kemudian beliau telah mengkaji lapisan mata dan mensifatkan bahagianya dengan menamakan anggota-anggotanya. Seterusnya beliau mengkaji kanta cengkung dan menyimpulkan bahawa kanta tersebut mengumpulkan cahaya matahari pada satu titik atau yang menyerupai dan menyebabkan berlaku kepanasan yang bersangatan. Ianya merupakan asas di dalam ciptaan oven suria yang digunakan pada hari ini. Beliau juga telah menentukan prinsip ilmiah di dalam penggunaan “kotak gelap berlubang” yang masih digunakan sebagai kamera sehingga ke hari ini .

Lain-lain karya beliau dibidang ini ialah “Risalatu al Syifaq”, “fi al Marayai Muharriqah fi al Dawair” dan “fi al Dauii Qaus Qazah” yang mana di dalamnya menyebut sebab lahirnya pelangi hasil dari pecahan cahaya dengan gelombang yang berbagai-bagai disebabkan oleh titisan-titisan air di udara.

Karya-karya Ibn Haitham di Bidang Matematik.
Diantara penghasilan beliau ialah “Kitabu al Jami’ fi Usuli al Hisab”, “Kitab fi Hisabi al Mu’amalat” dan “Kitab fi Marakizi al Asqal”

Usaha-usaha Ibn Haitham di Bidang Astronomi:
Beliau menguatkan pendapat Batlimous yang mengatakan bahawa lapisan udara bumi terbatas keluasanya dan tidak lebih dari 20 km tetapi menolak pendapat Batlimous yang mengatakan “kesatuan” di dalam ciptaan. Beliau juga menghasilkan jadual yang cukup teliti di dalam ketentuan pecahan cakerawala sebanyak 24 risalah yang mana kebanyakannya berada di perpustakaan Eropah kecuali tiga buah “Maai'yatu al Asar Allazi a’la Qamar”. “Irtifa'il al Qutb” dan “Fi Haia’tu al Alam” yang mana ketiga-tiganya berada di Muzium Kaherah. Jika buku yang ketiga itu adalah buku “Haulu Syakli al Alam” maka ia telah diterjemah ke bahasa Yahudi dan Latin pada kurun ke 13M dan memberikan kesan yang cukup besar kepada ahli-ahli pembangunan Eropah baru.

Diantara karya-karya beliau yang termashur ialah di bidang astronomi ialah “Usulu al Kawakib”, “Harkatu al Qamar”.

Ibn Usaibi’ah telah menghitung karya-karya Ibn Haitham sebanyak 200 buah dan yang dapat dikesan cuma 50 buah sahaja, tiga darinya berada di Kaherah dan selebihnya telah diseludup ke Eropah di zaman penjajahan Perancis dan di zaman peperangan salib.

0 comments:

Post a Comment