Tuesday, June 9, 2009

IBNU AL BAITAR (594-647H / 1197-1249)

Beliau ialah Diauddin Abu Mohd Abdullah Ahmad Al Malaqi. Seorang pakar tumbuhan dan perubatan Andalus. Lahir di Malaga Sepanyol dan mati di Damsyik , Suria.
Beliau membesar di Andalus dan belajar dengan Abi Abbasi, Abbdullah Ibn Saleh dan Abi Al Hajjaj. Dalam linkungan usianya 22 tahun, beiau meninggalkan Sepanyol menuju Afrika Utara dan Mesir bagi mendalami pengajianya di bidang tumbuhan.
Beliau berkhidmat dengan raja Mesir Al Kamil Al Ayubi dan menjadi ketua di makmal tanaman. Kemudianya beliau tinggal di Damsyik bersama anaknya Najmuddin untuk mengkaji tanaman di situ. Seterusnya beliau melanjutkan perjalanan menuju Asia Kecil dan juga Yunan.

Diantara anak murid beliau ialah Ibn Abi Dai’ah yang sangat mengkaguminya. Karya beliau yang paling masyur mengenai tanaman ialah "Al Jamli", "Murafradatil Adawiyyah wa al Aghziah”. Ianya terdiri dari empat jilid dan mencukupi 1400 jenis ubat-ubatan yang dirumuskan dari haiwan, tanaman dan galian, ubatan tersebut disusun mengikut index huruf dan dikaji oleh beliau secara ilmiah. Masyarakat Eropah terlewat mengenali beliau sehinggalah kurun pertengahan. Buku-buku beliau diterjemah ke dalam bahawa Perancis, German dan dipelajari di Universiti Eropah.

Beliau telah mengarang buku “Al Mugni fi al Adawiyyat al Mufradah” dan terbentuk dalam 20 bahagian. Ianya disusun mengikut rawatan penyakit pada giliran anggota. Karya beliau yang lain ialah “Al Ibanah wa al I’lam bi ma fi al Manhaj fi al I’lal wa al Auham”, "Al Af’al Ajibah wa al Khawas Gorbiah" dan "Al Shina’atain" dalam ilmu kedoktoran Al Baitari.

0 comments:

Post a Comment