Tuesday, June 9, 2009

Imam Nawawi

Namanya ialah Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syirfu al-Nawawi. Lahir di
Damsyiq, Syam pada bulan Muharram tahun 631 Hijrah. Menghafaz Quran sejak
dari kecil. Setiap hari beliau mempelajari sebanyak 12 mata pelajaran
dalam berbagai jurusan ilmu agama. Antara karangannya yang terkenal:
Syarah Sahih Muslim, Riyadus Sàlihin dan lain-lain.

Kehidupannya sehari-hari adalah sekadar memelihara
kesihatan badannya.
Makan minumnya sehari semalam hanya sekali. Pendek kata beliau tidak
sangat menghiraukan soal makanan, pakaian serta perhiasan, apa saja yang ada memadailah.

Keperibadiannya

Penuh dgn taqwa dgn erti kata sepenuhnya, wara'nya dan kebersihan jiwanya.
Sebagai seorang ulama amatlah suka ditemui. Ada riwayat mengatakan
keengganannya memakan sebarang jenis buah-buahan bukan sahaja kerana
mengelak dari mengantuk tapi adalah juga kerana buah-buahan di Damsyiq
waktu itu dianggapnya lebih banyak mengandungi shubhat.

Pengusirannya

Imam Nawawi pernah diusir dari Syam akibat fatwanya yang tidak
menyenangkan Sultan Al-Malik Al-Zahir [dari kerajaan Mamalik (hamba
sahaja). Dari kerajaan Bani Ayyub]. Imam Nawawi bukanlah sebagai seorang
ulama yang mencari kebenaran untuk dirinya sahaja atau ulama yang merasa
bahagia dengan ketinggian ilmunya, tetapi tidak berani menghadapi
masyarakat sekeliling dengan petunjuk dan nasihatnya. Imam Nawawi bukanlah
dari golongan ulama yang mencari keuntungan dengan ilmu, dengan membiarkan
masyarakat ummat didalam kejahilan dan asyik dalam kehonaran.

Beliau memimpin umat, bukan umat memimpin beliau. Beliau memfatwakan
kebenaran tidak pandang siapa pun juga, walaupun akibatnya merugikan
kedudukannya. Kerana inilah tugas ulama yang dikatakan warithatul anbiya',
iaitu mempusakai ajaran nabi dan menyampaikannya.

Imam Nawawi selamanya hidupnya telah banyak menulis dan mengarang, mengajar
dan menasihat. Terkemuka kerana kebenarannya, dikagumi kerana kejujurannya.
Islam menurut falsafahnya adalah seluruh hidup, tidak bercerai dan berpisah
dari hidup. Kerana ini, beliau selalu menyampaikan nasihat secara peribadi
dan menulis beberapa pucuk surat kepada baginda Sultan Al-Malik Al-Zahir.

Menurut riwayat, beliau pernah menulis kepada baginda menerangkan keadaan
negeri Syam pada masa itu, yang disifatkan sebagai amat mengancamkan
keselamatan rakyat akibat kesempitan kehidupan dan melambung tinggi harga
barang-barang keperluan.

0 comments:

Post a Comment