Tuesday, June 9, 2009

IBN SINA (Avicenna) (370 – 428H / 980- 1037M)

Beliau ialah Abu Ali Al Husaini b. Abdullah, merupakan seorang filosof, doktor, ahli kimia, matematik, penyair dan ahli muzik. Beliau telah dilahirkan di satu tempat berhampiran Bukhara (Rusia) dan meninggal dunia di Hamdan, Iran.

Ayahnya bekerja di Bukhara di zaman Noh b. Mansur dan berkahwin dengan ibunya di sebuah kampung di Bukhara. Perkahwinan tersebut dikurniakan dua orang cahaya mata, Ibn Sina dan adiknya. Beliau telah diajar Al Quran dan mendalami ilmu keagamaan ditangan ulamak-ulamak besar ketika itu. Beliau dapat menghafal Al-Quran dan menguasai ilmu agama ketika umurnya belum menjangkau 10 tahun. Beliau kemudianya mempelajari ilmu kedoktoran ditangan Al Naili, Al Misi b. Yahya, Abi Sahl Al Masihi dan Abu Mansur Al Qamari. Tetapi beliau
telah meninggalkan semua itu dan memperuntukan waktunya dengan menatap buku-buku, mendalami pembacaan dan menghasilkan kajian. Ketika itu beliau telah mencapai taraf kedoktoran yang tinggi yang menyebabkan beliau telah dipanggil untuk merawat penyakit gabenor Bukhara, Mansur b. Noh. Hal ini merupakan titik tolak bermulanya hubungan Ibn Sina dengan pihak istana.

Beliau cuba untuk mendalami falsafah tetapi tidak dapat memahaminya. Suatu ketika beliau berada di pasar, sorang penjual telah menyarankan agar beliau membeli buku karangan Al Farabi dengan harga cuna 3 dirham. Pada permulaanya beliau menolak rujukan tersebut kerana merasakan bidang tersebut tidak memberikan apa-apa faedah. Apabila beliau tidak dapat menolak pujukan penjual tersebut maka beliau membelinya dan mula membaca isi kandunganya. Akhirnya beliau telah dapat memahami kandungan buku tersebut dan dapat menghuraikan segala permasalahannya. Dengan perasaan yang penuh gembira beliau telah bersedekah pada fakir miskin keesokan harinya.

Semenjak kecil lagi beliau terkenal dengan kepintaran akalnya, kuat ingatan, berkebolehan melakukan analisa dan berkemampuan untuk membuat kerja dan kajian. Beliau akan berusaha untuk sampai ke akar umbi permasalahan dan sanggup berjaga sepanjang malam. Beliau terkenal dengan tahan uji dan sanggup berhadapan dengan kesusahan.

0 comments:

Post a Comment